Help Centre

Hi. Ada yang bisa kami bantu?

Cari

Bank Malaysia: Simpanan dan Pengeluaran

Konteks mata wang digital di Malaysia

Sejak bulan Disember 2017, Luno tidak dapat memproses simpanan/deposit di Malaysia. Ini adalah disebabkan pembekuan sementara akaun kami.


Industri mata wang digital merupakan industri baru yang masih belum mempunyai undang-undang pengawalan di kebanyakan negara, termasuk Malaysia. Namun demikian, Luno telah bekerjasama dengan kedua-dua pihak LHDN dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu mereka memahami Luno dan industri mata wang digital secara meluas. BNM sudahpun mengeluarkan dokumen polisi (“policy document”) mengenai mata wang digital dan kelaporan yang harus dibuat oleh bursa mata wang digital seperti Luno.

Maklumat pengeluaran terkini

Sejak hujung bulan Mei 2018, kami telah pun menyelesaikan semua permintaan pengeluaran yang tertunggak daripada tempoh Disember 2017 - Mei 2018.


Kami juga akan terus bekerjasama dengan rakan pembayaran kami untuk memproses pengeluaran baru. Pengeluaran bawah MYR 30,000 akan diproses dalam masa dua hingga tiga hari perniagaan.


Pengeluaran melebihi MYR 30,000 mungkin mengambil masa sehingga satu minggu.


Jadual pengeluaran terkini

  • 29 Mac 2018: Kami telah mula memproses pengeluaran tertunggak dengan Maybank

  • 23 April 2018: Kami menghidupkan semula butang “Withdrawal”, untuk membenarkan pelanggan meminta pengeluaran baru dari tarikh ini

  • 2 Mei 2018: Kami mula memproses permintaan pengeluaran baru dengan kaedah manual


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim di bawah.

Soalan lazim

Pengeluaran

Bilakah saya akan menerima wang saya?

Pengeluaran bawah MYR 30,000 akan diproses dalam masa dua hingga tiga hari perniagaan.

Pengeluaran melebihi MYR 30,000 mungkin mengambil masa sehingga satu minggu.


Saya masih belum klik “Withdraw” lagi. Apa yang perlu saya buat untuk mendapatkan wang saya?

Untuk membuat pengeluaran wang dari Luno, sila klik butang “Withdraw” dalam laman web/app kami. Butang ini telah dihidupkan pada 23 April 2018.


Berapakah caj untuk pengeluaran, dan kenapa saya dikenakan caj ini?

Pengeluaran-pengeluaran akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak MYR 0.32 untuk setiap transaksi. Kesemua caj perkhidmatan akan dibayar terus kepada rakan perbankan kami. Luno langsung tidak akan mengambil apa-apa bahagian daripada caj ini.


Berapakah had pengeluaran? Sebagai contoh, bolehkah saya mengeluarkan semua wang saya dalam satu transaksi?

Sekiranya anda sudah sampai had bulanan anda dan ingin membuat pengeluaran lagi, sila hantar kami “support ticket”. Kami akan menghubungi anda untuk menyelesaikan isu ini.

Umum

Bolehkah saya masih menggunakan bursa (exchange) Luno? Bagaimana dengan BTC/ETH/BCH saya dalam dompet Luno?

Anda boleh terus menggunakan bursa (exchange) BTC/MYR Luno seperti biasa. Dompet Bitcoin and Ethereum kami masih berfungsi dengan sempurna. Anda juga boleh menghantar dan menerima Bitcoin dan Ethereum seperti biasa. (Dan anda masih boleh menghantar Bitcoin Cash atau BCH keluar daripada dompet Luno.)


Adakah Luno akan menghentikan operasinya di Malaysia?

Tidak. Sebaliknya, kami bertekad untuk terus memperluaskan operasi kami di Malaysia. Kami akan terus berkerja keras untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami di Malaysia.


Adakah bursa (exchange) Luno akan dihentikan?

Kami tidak akan menghentikan bursa Luno secara kekal. Sebaliknya, kami akan memantau kecairan (liquidity) bursa dengan teliti. Jika terdapat perubahan (fluctuation) harga yang sangat tinggi, kami hanya mungkin akan menggantung fungsi “Instant Buy/Sell” dan/atau “Exchange” buat sementara waktu. Tujuan ini adalah untuk melindungi kepentingan pelanggan kami.


Saya masih menghadapi masalah. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Seperti biasa, jika anda menghadapi sebarang masalah dengan perkara di atas, sila hantar tiket sokongan di sini dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Artikel berkaitan

Bagaimana cara menambahkan data rekening bank saya di Luno?

Bagaimana cara tarik dana dari dompet Luno saya?

Berapa lama penarikan dana saya diproses?

Apakah artikel ini membantu?

Hubungi kami bila perlu bantuan

Tidak ada kata terlambat untuk memulai.
Beli, simpan, serta pelajari Bitcoin dan Ethereum sekarang.

Desktop Icon Apple App Store Logo Google Play Store Logo