Fungsi Bundle Luno Terma dan Syarat
Dikemas kini terakhir:
PENERIMAAN TERMA
Terma dan Syarat (“Terma”) berikut adalah terpakai, sebagai tambahan kepada Syarat Penggunaan standard Luno, kepada mana-mana individu yang menggunakan produk Bundle Luno (“Bundle Luno”), melalui Luno.com atau mana-mana aplikasi peranti berkaitan, laman web atau API (bersama-sama dikenali sebagai “Tapak Luno”). Penggunaan istilah yang ditafsirkan, tetapi tidak ditafsirkan secara khusus dalam Syarat ini adalah membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam Syarat Penggunaan standard Luno.
Syarat ini adalah tambahan kepada, dan oleh itu menjadi sebahagian daripada Syarat Penggunaan tersebut. Syarat ini membentuk perjanjian di antara anda dan entiti Luno dengan anda yang telah dikontrakkan di bawah Syarat Penggunaan Luno. Jika sesuatu perkara tidak diperuntukkan secara khusus dalam Syarat ini, perkara tersebut akan diregulasi oleh Syarat Penggunaan. Jika terdapat mana-mana pencanggahan di antara Syarat ini dan Syarat Penggunaan, peruntukan dalam Syarat ini akan terpakai. Pengulangan Syarat tertentu tetapi bukan semua peruntukan dalam Syarat Penggunaan adalah untuk penekanan sahaja dan tidak boleh ditafsirkan bahawa peruntukan Syarat Penggunaan yang tidak dimasukkan dianggap sebagai tidak terpakai.
Bagi tujuan Syarat ini, mana-mana rujukan terhadap “kami”, “Luno” dan/atau syarat hampir serupa perlu dianggap sebagai rujukan terhadap entiti Luno yang dikontrakkan kepada anda.
Apabila anda menggunakan fungsi Bundle Luno, anda menerima Syarat ini tanpa syarat dan bersetuju untuk terikat dan bertindak selari dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Anda juga menerima dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam memahami dan mematuhi semua undang-undang, peraturan, kawal selia dan keperluan bidang kuasa di tempat anda tinggal, yang boleh terpakai terhadap penggunaan fungsi Bundle Luno, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, perkara yang berkaitan dengan percukaian, aktiviti import dan eksport, atau transaksi mata wang asing.
Sila baca Syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan fungsi Bundle Luno kerana ia boleh memberi kesan terhadap hak dan pematuhan anda terhadap undang-undang.
PINDAAN SYARAT
Luno boleh meminda Syarat ini daripada masa ke masa. Anda perlu melawat laman web Luno secara berkala untuk menyemak bila Syarat ini terakhir dan dikemaskini dan untuk memaparkan Syarat semasa. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memaklumkan kepada anda mengenai sebarang pindaan terhadap Syarat yang kami anggap berkemungkinan untuk menjejaskan hak dan kewajipan anda secara material. Sebarang notis akan disiarkan pada Tapak Luno, atau dihantar melalui emel ke alamat emel yang dikaitkan dengan Akaun Luno anda.
Penggunaan berterusan fungsi Bundle Luno selepas mana-mana pindaan dalam Syarat ini merupakan penerimaan anda terhadap syarat-syarat ini seperti yang diubah suai oleh pindaan tersebut. Jika anda tidak menerima Syarat ini, atau mana-mana pindaan yang dibuat, anda perlu segera berhenti dari menggunakan produk Bundle Luno.
PRODUK BUNDLE LUNO
Fungsi Bundle Luno ialah teknologi proprietari yang membolehkan anda untuk memiliki secara terus, dan menyimpan dengan selamat, sejumlah mata wang kripto yang boleh dipilih, berdasarkan peraturan-peraturan operasi yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam Syarat ini, serta dibaca sekali dengan Kaedah Bundle terpakai (seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 4 di bawah). Kaedah ini, yang biasa dirujuk sebagai “pengindeks terus”, bermatlamat untuk meniru prestasi indeks yang lebih luas berdasarkan arahan anda sebagai pelanggan, untuk membeli mata wang kripto dasar secara terus, selari dengan inklusi dan kriteria pemberatan indeks. Apabila anda membuat pembelian melalui fungsi Bundle Luno dari Luno, anda membeli mata wang kripto dasar yang membentuk sebahagian dari fungsi Bundle Luno, dan akan turut memiliki mata wang kripto dasar ini.
Luno mengekalkan aset mata wang kripto ‘diapungkan’ untuk operasi yang tersedia untuk pembelian sebagai Bundle Luno, dan akan berperanan sebagai pihak rakan niaga bagi semua transaksi beli atau jual fungsi Bundle Luno. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Luno tidak perlu mengakaunkan anda untuk sebarang keuntungan yang diterima melalui transaksi tersebut dan akan menyimpan keuntungan tersebut untuk pihak sendiri.
Fungsi Bundle Luno tidak tersedia dalam bidang kuasa dimana Luno membuat keputusan bahawa fungsi ini tidak bersesuaian atas sebab-sebab kawal selia atau/dan polisi. Disebabkan sifat dinamik yang wujud dalam keperluan kawal selia, dan juga perbezaan bidang kuasa dalam keperluan tersebut, kami berhak untuk mengemaskini senarai bidang kuasa yang dilarang kami dan/atau menolak dari menawarkan fungsi Bundle Luno dalam satu bidang kuasa khusus, tertakluk kepada budi bicara kami sepenuhnya.
Luno berhak, tanpa sebarang liabiliti terhadap anda, untuk menggantung penawaran fungsi Bundle Luno, untuk menggantung pembelian dari fungsi Bundle Luno, untuk mengehadkan saiz transaksi yang berkaitan dengan fungsi Bundle Luno, untuk mengutamakan transaksi khusus berkait dengan fungsi Bundle Luno atau apa-apa kriteria yang diputuskan oleh Luno, atau meletakkan tundaan dalam memberikan kesan dalam arahan beli dan jual berkaitan dengan fungsi Bundle Luno dari masa ke masa, atas budi bicara kami.
Luno berhak pada bila-bila masa untuk membeli semua Bundle Luno anda jika kami menamatkan penawaran fungsi Bundle Luno, atau kami memutuskan untuk menghenti sebarang atau apa-apa perkhidmatannya kepada anda seperti yang dinyatakan dalam klausa 14 di bawah.
KAEDAH BUNDLE
Kaedah Bundle merujuk kepada kriteria bagi aset-aset yang termasuk dalam fungsi Bundle Luno dan juga pemberatan yang digunapakai dalam fungsi ini. Ia tersedia dalam satu dokumen maklumat terdiri daripada kaedah-kaedah sistem yang digunakan bagi fungsi Bundle tertentu (“Kaedah”). Fungsi Bundle Luno adalah berdasarkan Kaedah dari portfolio model pihak ketiga atau penyedia indeks, seperti Index, kami akan menggunakan Kaedah dari penyedia pihak ketiga ini tertakluk pada Syarat yang dinyatakan pada setiap masa. Dengan pembelian melalui fungsi Bundle Luno, anda mengarahkan Luno untuk memberi kesan terhadap Kaedah ini dengan membeli dan menjual bagi pihak akaun anda terhadap mata wang kripto dasar, selari dengan peraturan pemberatan yang disetkan dalam Kaedah. Setiap Kaedah Luno Bundle, ketika awalan, akan menetapkan perkara-perkara berikut:
keperluan-keperluan kelayakan aset kripto
maklumat imbangan dan penyusunan semula
potensi tindakan terhadap hard fork
tindakan kecemasan
peraturan-peraturan bagi portfolio atau indeks model
IMBANGAN SEMULA
Imbangan semula merujuk kepada proses pembelian atau penjualan mata wang kripto dasar dalam fungsi Bundle Luno anda atas sebab untuk memenuhi kriteria kemasukan dan pemberatan bagi mata wang kripto tertentu terhadap Kaedah yang terpakai. Proses ini adalah bersifat automatik sepenuhnya dan dijalankan selari dengan parameter-parameter yang dinyatakan dalam Kaedah Bundle terpakai, iaitu arahan yang diarahkan oleh anda kepada Luno. Untuk mengelakkan keraguan, Luno tidak melaksanakan sebarang tindakan bersifat budi bicara terhadap perkara ini, dan terhad untuk mengikuti Kaedah ini secara mekanikal, selaras dengan arahan-arahan anda.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa pembelian dan penjualan mata wang kripto dengan tujuan imbangan semula mata wang kripto dasar seperti yang ditetapkan oleh Kaedah, akan mewujudkan caj dan kos yang akan dipertanggungjawabkan kepada anda.
Anda juga turut mengakui bahawa imbangan semula akan, dari masa ke masa, menyebabkan koin-koin tertentu dikeluarkan dari fungsi Bundle Luno, dan koin-koin baru dimasukkan dalam fungsi Bundle Luno yang sentiasa berasaskan Kaedah yang telah anda arahkan kepada kami untuk jejakan. Ini juga untuk memastikan fungsi Bundle Luno terus menjejak portfolio atau indeks model.
SISIHAN DARI KAEDAH BUNDLE LUNO
Fungsi Luno Bundle adalah bertujuan sebagai strategi “pasif”. Ini bermaksud tiada pengurusan dana secara budi bicara atau ‘aktif’ yang akan dilakukan. Sisihan dalam strategi pasif hanya akan wujud dari keputusan berpunca dari Kaedah terpakai, atau dalam situasi terkecuali yang dinyatakan di bawah:
Aset konstituen menghadapi semakan dari pihak kawal selia atau tindakan undang-undang telah dijalankan terhadap pengeluar aset dasar yang terpakai;
mata wang kripto menghadapi pencerobohan secara kriptografik;
kecairan dalam pasaran tidak mencukupi untuk menyokong aset kripto terbabit;
jagaan konstituen mata wang kripto telah terjejas atau tidak lagi tersedia;
Luno tidak boleh, dengan menggunakan usaha komersial biasa, untuk mengambil alih atau merealisasi dengan sukup mata wang dasar bagi tujuan ‘pengapungan’ mata wang kripto bagi pengoperasian.
Dalam situasi jika wujudnya mana-mana keadaan di atas, mata wang kripto yang terbabit akan dikeluarkan dari fungsi Bundle Luno.
RALAT PENJEJAKAN
Tiada jaminan bahawa fungsi Luno Bundle akan mengekalkan ketepatan sempurna dalam proses menjejak portfolio model ataun indeks yang digunakan. Khasnya, anda mengakui bahawa perkara-perkara yang dinyatakan pada seksyen 6, dan juga caj transaksi, caj imbangan semula dan sisihan dalam harga boleh menyebabkan ralat penjejakan di antara fungsi Bundle Luno dan portfolio model dan indeks. Sebagai contoh, terdapat kemungkinan pembelian atau harga beli mata wang kripto yang dianggap sebagai tujuan untuk mengumpulkan indeks atau portfolio berkaitan tidak dapat disepadankan dengan transaksi dalam akaun anda. Luno tidak menyediakan jaminan terhadap saiz ralat penjejakan pada bila-bila masa.
Sehingga yang dibenarkan oleh undang-undang, Luno, pemberi lesen, kakitangan, kontraktor, ejen, pembekal dan vendor tidak menanggung sebarang liabiliti terhadap sebarang kecederaan, kerosakan atau kehilangan – sama ada terus atau secara tidak terus, berbangkit, insiden, punitif dan sama ada wujud dari kelalaian atau sebaliknya – yang wujud dari hubungan fungsi Luno Bundle, atau sebarang data atau nilai yang berkaitan, termasuklah ralat penjejakan atau masa turun.
SEJARAH DATA BUNDLE
Apabila Luno menyatakan nilai andaian fungsi Bundle Luno berdasarkan sejarah harga mata wang kripto, anda perlu mengambil maklum anggapan yang turut wujud dalam ilustrasi ini. Anda juga perlu terus maklum bahawa ilustrasi yang disediakan adalah hanya atas tujuan maklumat, dan paling penting, prestasi masa lampau bukan petunjuk hasil di masa hadapan.
CAJ
Anda mengakui dan bersetuju bahawa, sebagai pertimbangan dalam membangunkan dan mereka produk Bundle Luno agar tersedia untuk anda, Luno akan menerima caj pembayaran daripada anda dan akan memindahkan kos-kos tertentu kepada anda.
Caj dan kos yang berkaitan dengan fungsi Bundle Luno boleh dipaparkan pada halaman Caj di laman web Luno. Luno berhak untuk menukar caj dan kos pada bila-bila masa dan mengemaskini halaman Caj tersebut sewajarnya.
FUNGSI PRODUK DAN BATASANNYA
Penglibatan satu-satu mata wang kripto dalam fungsi Bundle Luno tidak bermaksud bahawa mata wang tersebut adalah Mata Wang Kripto Tersokong seperti yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan.
Aset-aset mata wang kripto yang membentuk sebahagian dari fungsi Bundle Luno tidak boleh diuruskan secara berasingan. Sewajarnya, anda tidak boleh menghantar mata wang kripto tersebut ke akaun lain, atau menerima mata wang kripto tersebut. Anda hanya boleh membeli atau menjual Bundle Luno dalam bentuk sepenuhnya, dan bukan dalam bentuk mata wang kripto individual yang membentuk Bundle Luno. Anda selanjutnya hanya boleh membeli, atau menjual kepada Luno secara terus.
Apabila satu nilai dinyatakan dalam fungsi Bundle Luno, dan dipaparkan kepada anda melalui Tapak Luno, anda mengakui bahawa nilai tersebut adalah berdasarkan harga pasaran yang berlaku dan tersedia di Luno bagi mata wang kripto konstituen dasar yang membentuk sebahagian Bundle Luno. Harga-harga ini mungkin tidak menjejak portfolio atau indeks yang dijangkakan dengan sempurna, seperti yang dinyatakan pada seksyen 7, disebabkan harga yang tersedia di Luno adalah bergantung pada kecairan mata wang kripto konstituen dasar yang relevan.
KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN
Walaupun kami akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan operasi dijalankan secara berterusan, Luno tidak menyediakan sebarang waranti atau jaminan berkaitan ketersediaan fungsi Bundle Luno. Tanpa membataskan perkara am di atas, kami tidak menjamin akses berterusan terhadap Tapak Luno atau fungsi Bundle Luno anda, dan tidak membuat apa-apa representasi bahawa Tapak Luno, API Luno, Akaun Luno dan/atau fungsi Bundle Luno atau perkhidmatan yang ditawarkan akan tersedia tanpa gangguan, atau tanpa kelewatan, kegagalan, ralat, ketinggalan atau kehilangan maklumat yang disampaikan.
PENAFIAN DAN BATASAN LIABILITI
Fungsi Bundle Luno dan sebarang produk berkaitan atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdasarkan konsep “sedia-ada” dan “dimana tersedia”. Luno secara nyata menafikan, dan anda menepikan sebarang jenis, sama ada secara tersurat atau tersirat. Tanpa membataskan perkara am di atas, fungsi Bundle Luno dan sebarang produk atau tawaran produk yang berkaitan adalah tidak diberikan jaminan tentang kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sebarang tujuan tertentu.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa pembelian Bundle Luno adalah di atas risiko anda sendiri. Selagi yang dibenarkan oleh undang-undang, Luno, sekutu dan subsidiari, pemberi lesen dan juga kakitangan yang berkaitan, kontraktor, ejen, pembekal dan vendor tidak mempunyai liabiliti atau tanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan – sama ada terus atau secara tidak terus, berbangkit, insiden, punitif atau lain-lain – yang wujud dari hubungannya dengan fungsi Bundle Luno atau sebarang data atau nilai yang berkaitan, sama ada wujud dari kelalaian atau sebaliknya. Tanpa membataskan perkara am di atas, Luno tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap mana-mana situasi bagi sebarang kehilangan keuntungan atau kerosakan atau kehilangan yang berlaku secara tidak terus, punitif, istimewa atau berbangkit, walaupun telah dinyatakan kemungkinan ianya akan berlaku.
Batasan liabiliti di atas terpakai setakat yang dibenarkan secara maksimum dalam undang-undang terhadap bidang kuasa yang terpakai. Oleh kerana beberapa bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian sesetengah waranti atau batasan atau pengecualian liabiliti bagi insiden atau kerosakan berbangkit, beberapa batasan dalam seksyen ini mungkin tidak terpakai kepada anda.
NASIHAT KEWANGAN
Tiada sebarang situasi atau maklumat dalam Tapak Luno, atau disediakan kepada anda melalui Akaun Luno anda, atau berkaitan dengan Bundle Luno oleh mana-mana kakitangan, ejen atau sekutunya, memberikan nasihat kewangan, pelaburan atau nasihat-nasihat profesional lain.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang keputusan untuk melabur dalam Bundle Luno, dan keputusan tersebut perlu dipertimbangkan berdasarkan keadaan dan toleransi risiko kewangan anda sendiri.
Adalah tanggungjawab bagi setiap individu yang ingin mempunyai mata wang kripto melalui Platform Luno untuk menyemak semua keperluan undang-undang yang terpakai dan impak-impak percukaian di negara yang individu tersebut menjadi warganegara, menjadi residen, domisil dan tempat perniagaan berkaitan dengan pemilikan, penyimpanan atau pelupusan mata wang kripto berkaitan, dan sebarang halangan terhadap tukaran asing yang relevan terhadapnya. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat professional mengenai perkara ini.
HALANGAN, PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN
Luno berhak untuk menghalang, menggantung atau menamatkan fungsi Bundle Luno anda apabila:
kami mengesyaki, secara munasabah, bahawa Akaun Luno dan/atau fungsi Bundle Luno anda ialah subjek dalam ralat operasi atau lain-lain, di mana dalam kes ini kami mungkin perlu untuk menggantung akses ke akaun anda sehingga satu masa, sehingga ralat tersebut dibaiki;
kami mengesyaki, secara munasabah, bahawa Akaun Luno dan/atau fungsi Bundle Luno anda sedang digunakan, atau telah digunakan terhadap perkara yang berkaitan dengan Aktiviti Dilarang, penipuan atau menyalahi undang-undang, atau melanggar Syarat dalam Syarat Penggunaan kami;
kami mengesyaki, secara munasabah bahawa Akaun Luno dan/atau fungsi Bundle Luno anda telah atau sedang dikaitkan dengan, atau mempunyai risiko tinggi terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kewangan pengganas, penipuan atau jenayah-jenayah kewangan lain;
kami mengesyaki, secara munasabah bahawa anda telah membuat tindakan yang Luno menganggap ia telah memintas kawalan Luno, termasuk namun tidak terhad kepada pembukaan pelbagai Akaun Luno dan/atau Bundle Luno;
kami mengesyaki, secara munasabah bahawa anda terlibat dalam cubaan untuk mendapatkan akses tidak sah terhadap sebarang Akaun Luno atau/dan Bundle Luno;
Akaun Luno dan/atau Bundle Luno anda muncul sebagai subjek dalam mana-mana proses undang-undang, kawal selia atau kerajaan dan/atau, berdasarkan budi bicara kami sepenuhnya, menganggap terdapat peningkatan risiko terhadap ketidakpatuhan undang-undang atau kawal selia.
kami terpaksa melakukan sedemikian melalui prima facie dengan sapina yang sah, perintah mahkamah atau sebarang perintah yang terikat dari kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia; atau
nama anda disenaraikan dalam senarai sekatan kerajaan atau badan antarabangsa.
Luno akan melakukan semua usaha wajar untuk menyediakan notis kepada anda mengenai sebarang keputusan untuk menghalang, menggantung atau menamatkan Akaun Luno dan/atau fungsi Bundle Luno, melainkan kami dihalang dari melakukannya oleh sebarang keperluan atau proses undang-undang atau kawal selia, atau jika melakukannya akan menjejaskan keselamatan dan/atau prosedur pengurusan risiko Luno. Anda menerima dan bersetuju bahawa Luno tidak wajib untuk mendedahkan maklumat atau sebab keputusan halangan, penggantungan atau menutup Akaun Luno atau/dan Bundle Luno anda, dan tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap anda berkaitan dengan halangan, penggantungan atau penutupan sama ada Akaun Luno atau Bundle Luno anda.