Amaran risiko
Memahami bahaya mata wang kripto
Dikemas kini terakhir:
17 Mac 2022
Bahagian 1: Risiko yang berkaitan dengan mata wang kripto
Mata wang kripto adalah teknologi baharu yang selalunya berfungsi secara berbeza daripada pengalaman terdahulu anda. Ia melibatkan pelbagai risiko yang perlu anda fahami. Sebelum menggunakan Luno, kami menggalakkan anda untuk mendidik diri anda tentang risiko yang berkaitan dengan mata wang kripto dan bukan untuk melabur wang yang anda tidak mampu kehilangan. Kami telah menekankan beberapa risiko utama di bawah:
Transaksi mata wang kripto secara amnya tidak boleh diterbalikkan. Ini bermakna anda mungkin tidak dapat memulihkan mata wang kripto di mana: (i) anda menghantar mata wang kripto ke alamat yang salah, (ii) anda menghantar amaun mata wang kripto yang salah, (iii) anda menghantar mata wang kripto kepada skim penipuan atau (iv) transaksi mata wang kripto dibuat secara penipuan daripada akaun anda. Luno tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian akibat daripada jenis transaksi tidak sengaja atau penipuan sedemikian.
Ketidaktentuan harga mata wang kripto berbanding mata wang tempatan boleh mengakibatkan kerugian yang ketara dalam tempoh masa yang singkat. Membeli dan menjual mata wang kripto boleh mengakibatkan kehilangan sepenuhnya dana anda.
Mata Wang Kripto Tersokong Luno tidak disokong oleh mana-mana entiti. Ini bermakna anda tidak mempunyai hak tuntutan terhadap entiti pengeluaran berkenaan. Ini juga bermakna bahawa baik Luno mahupun orang lain tidak mempunyai kewajipan untuk membeli balik mata wang kripto anda pada masa hadapan.
Mata Wang Kripto Tersokong Luno tidak dianggap sebagai wang sah dan tidak disokong oleh mana-mana kerajaan. Akaun dan baki nilai tidak tertakluk kepada sebarang insurans deposit yang disokong kerajaan atau mana-mana perlindungan kerajaan yang lain.
Nota khas: Untuk pelanggan di negara berikut, kami dikehendaki menarik perhatian anda kepada perkara berikut:
Malaysia: Sebarang kerugian akibat daripada perdagangan dan/atau pelaburan anda dalam mata wang kripto tidak dilindungi oleh Tabung Pampasan Pasaran Modal.
Indonesia: Mata wang kripto anda tidak dijamin oleh Lembaga Penjamin Simpanan (LPS) dan Dana Perlindungan Pemodal (Securities Investor Protection Fund, SIPF).
UK: Perkhidmatan Ombudsman Kewangan (Financial Ombudsman Servcie) atau Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Compensation Scheme) tidak terpakai kepada aktiviti aset kripto yang dijalankan oleh Luno.
Perubahan atau tindakan perundangan dan peraturan di peringkat negeri atau antarabangsa boleh menjejaskan penggunaan, pemindahan, pertukaran dan nilai mata wang kripto.
Transaksi mata wang kripto dianggap dibuat apabila direkodkan pada lejar "blockchain" yang tidak semestinya sama dengan tarikh atau masa anda memulakan transaksi.
Nilai setiap mata wang kripto didorong oleh kesediaan peserta pasaran secara berterusan untuk menukar mata wang kripto tersebut dengan mata wang tempatan. Sekiranya permintaan ini hilang, ia boleh mengakibatkan kehilangan nilai mata wang kripto secara kekal dan menyeluruh.
Tiada jaminan bahawa seseorang atau mana-mana perniagaan yang pada masa ini menerima mata wang kripto sebagai pembayaran akan terus berbuat demikian pada masa hadapan.
Membeli dan menjual mata wang kripto boleh mengakibatkan liabiliti cukai dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi kewajipan cukai anda.
Sifat mata wang kripto mungkin membawa peningkatan risiko penipuan atau serangan siber. Anda bertanggungjawab untuk memastikan akaun Luno anda selamat daripada jenis serangan tersebut.
Sifat mata wang kripto bermakna bahawa sebarang kesulitan teknologi yang dialami oleh pembekal perkhidmatan boleh menghalang akses kepada atau penggunaan mata wang kripto anda.
Bahagian 2: Perancangan kesinambungan perniagaan Luno
Sekiranya Luno tidak dapat menjalankan (atau menghentikan) operasinya di salah satu atau lebih daripada satu lokasi kami, Luno mempunyai perancangan kesinambungan perniagaan yang mantap untuk memastikan kesan minimum kepada pelanggan kami. Dengan mengambil kira tahap keterukan keadaan dan perkhidmatan yang mungkin terjejas, langkah-langkah berikut mungkin terpakai (jika sesuai):
Pengaktifan pelan respons khusus;
Notifikasi kepada pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan dan pematuhan mana-mana arahan kawal selia yang dikeluarkan; dan
Pemberian makluman yang kerap kepada pelanggan melalui halaman status.
Pemeliharaan dana pelanggan akan diberi keutamaan sekiranya Luno tidak dapat menjalankan operasinya atau menghentikan perniagaannya. Akaun bank Luno yang anda gunakan untuk membuat deposit fiat akan digunakan secara eksklusif untuk tujuan memegang dan memproses dana pelanggan. Akaun bank tersebut, dan sistem storan mata wang kripto kami, tertakluk kepada kawalan yang teguh dan penyesuaian yang kerap.
Nota khas untuk pelanggan Malaysia kami: Selain langkah di atas, dana pelanggan yang dipegang bagi pihak pelanggan Malaysia kami tertakluk kepada perkhidmatan pemegang amanah korporat bebas yang disediakan oleh MTrustee Berhad.