Bagaimana untuk memastikan akaun anda selamat

Elakkan akaun anda terjejas

Dikemas kini terakhir:

19 Jan 2021

Luno mengikut amalan keselamatan dalaman yang ketat yang bertujuan untuk memastikan mata wang kripto anda selamat, yang telah kami perincikan di sini. Walau bagaimanapun, adalah penting juga untuk anda mengambil langkah keselamatan tertentu untuk memastikan bahawa hanya anda yang mempunyai akses kepada akaun anda. Jika orang lain mendapat akses kepada akaun anda, mata wang kripto anda mungkin terjejas.

Beberapa kaedah biasa yang mungkin digunakan oleh penipu untuk mendapatkan akses kepada dan melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan akaun anda diterangkan di bawah:

Sila baca Terma ini dengan teliti sebelum menggunakan Laman Luno kerana ia menjejaskan hak dan kewajipan undang-undang anda.

Pengambilalihan akaun: Luno bergantung pada alamat e-mel dan nombor telefon anda untuk berkomunikasi dengan anda. Jika orang lain mendapatkan kawalan tanpa kebenaran ke atas perkara tersebut, mereka berpotensi mendapat akses kepada akaun Luno anda. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa anda mempunyai keselamatan yang kukuh pada e-mel dan akaun Luno anda.

Pancingan data: Ini berlaku apabila anda ditipu untuk mendedahkan maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan atau maklumat sensitif lain. Pancingan data boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, contohnya:

  • E-mel: Anda mungkin menerima e-mel yang kelihatan seperti daripada Luno tetapi sebenarnya dihantar oleh penipu yang meminta maklumat daripada anda atau membawa anda ke laman web penipuan.

  • Laman web pancingan data: Laman web seperti ini direka untuk kelihatan seperti laman web Luno tetapi semua yang dimasukkan di sana (seperti nama pengguna dan kata laluan anda) akan direkodkan supaya penipu dapat mengakses akaun Luno sebenar anda. Dalam sesetengah kes, laman web ini dipromosikan dengan menyiarkan iklan yang kelihatan seperti membawa anda ke laman web Luno yang sah.

  • Penipuan telefon: Seseorang mungkin menghubungi anda dan berlagak sebagai seorang daripada Luno untuk meminta anda memberikan nama pengguna, kata laluan dan maklumat lain anda untuk mengakses akaun Luno anda.

  • Penipuan SMS / pemesejan segera: Dalam kes ini, penipu akan menghantar mesej kepada anda yang dikatakan daripada Luno dan menggesa anda untuk berkongsi nama pengguna, kata laluan atau maklumat lain anda, atau memilih pautan.

Luno tidak akan memanggil, menghantar e-mel atau menghantar SMS/mesej segera kepada anda untuk meminta kata laluan anda. Jika sesiapa menghubungi anda dan mendakwa berasal dari Luno dan meminta maklumat ini, anda harus menamatkan komunikasi dan hubungi kami dengan menghubungi sokongan.

Malware: Ini adalah kaedah lanjutan di mana penipu mendapat akses kepada peranti anda melalui program perisian canggih yang membolehkan mereka mengawal komputer anda, mencuri kata laluan anda atau maklumat sensitif yang lain.

Kecurian identiti: Ini terjadi apabila seseorang mendapat akses kepada maklumat peribadi anda dan berlagak sebagai anda untuk, sebagai contoh, membuka akaun atas nama anda dan/atau membuat transaksi dengan akaun anda. Kecurian identiti mungkin berlaku apabila dokumen pengenalan, pasport atau maklumat lain anda dicuri (sama ada secara fizikal, melalui pancingan data atau melalui bentuk kejuruteraan sosial yang lain). Terdapat juga risiko kecurian identiti berlaku apabila peranti anda dicuri.

Langkah-langkah yang perlu anda ambil

Transaksi dalam Mata Wang Kripto Tersokong kami secara amnya tidak boleh diterbalikkan, bermaksudnya kerugian akibat penipuan atau transaksi tidak sengaja tidak boleh dipulihkan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memahami cara mengenal pasti dan mengelak daripada menjadi mangsa kepada jenis serangan ini. Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang boleh anda ambil:

  • Keselamatan kata laluan yang kukuh: Gunakan kata laluan yang unik dan kukuh dengan sekurang-kurangnya 16 aksara dan jangan berkongsi atau menggunakannya semula di laman web lain. Pengurus kata laluan memudahkan anda menjana dan menyimpan kata laluan yang kukuh. Luno mengesyorkan LastPass, tetapi terdapat beberapa alternatif.

  • Dayakan pengesahan dua faktor (2FA): Ini adalah tahap keselamatan tambahan yang memerlukan kod unik setiap kali anda log masuk ke akaun anda. Kod dijana oleh peranti anda dan diperlukan selain daripada nama pengguna dan kata laluan anda.

  • Lindungi akaun e-mel anda: Pastikan akaun e-mel anda selamat bagi memastikan tiada sesiapa boleh mengakses akaun Luno anda melalui akaun e-mel anda. Kebanyakan pembekal e-mel menyokong 2FA.

  • Jangan kongsi maklumat sensitif: Kakitangan Luno tidak akan meminta kata laluan anda, kod 2FA, one time pin (OTP) atau meminta anda membenarkan transaksi.

  • Semak URL: Sebelum melog masuk ke Luno atau menekan iklan, pastikan anda berada di www.luno.com

  • Semak domain e-mel: Sebarang komunikasi daripada Luno akan datang daripada alamat @luno.com atau @luno.mailer.com.

  • Kunci akaun anda: Jika anda mengesyaki akaun anda telah terjejas, kunci akaun anda dengan segera dan hubungi sokongan.

Kami menggalakkan anda untuk melawati Portal Belajar kami di mana anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelindungan akaun Luno anda dan cara mengelakkan penipuan. Juga perhatikan berita bulanan kami serta Blog kami di mana kami menerbitkan maklumat topikal.

Jika akaun anda telah terjejas

Jika anda percaya akaun anda telah terjejas, sila maklumkan kepada kami dengan menyerahkan tiket kepada kami secepat mungkin.

Luno tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan dana apabila anda telah menjadi mangsa kepada salah satu daripada serangan tersebut, seperti yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan kami, tetapi kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu anda.