Notis Kuki
Bagaimana kami menggunakan kuki dan teknologi serupa
Dikemas kini terakhir:
1 Sep 2024
Luno menggunakan kuki dan teknologi yang hampir sama untuk menyediakan pengalaman lebih baik, mempertingkatkan perkhidmatan, memahami bagaimana pelawat berinteraksi dengan laman web kami dan untuk memaparkan iklan-iklan yang relevan.
Notis ini menerangkan mengapa kami melakukannya dan untuk memaklumkan kepada anda bagaimana untuk menghalang atau mengehadkan penggunaan kami terhadap teknologi ini.
Kami akan menyemak semula kuki ini secara berkala. Sila semak dari masa ke masa untuk melihat sebarang perubahan yang dibuat pada kuki-kuki ini.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hantarkan mesej ke [email protected].
Mengenai kuki
Kuki ialah fail text kecil yang dimuat turun dan disimpan oleh pelayar pada komputer atau telefon pintar anda apabila anda melawat sesebuah laman web. Kuki biasanya mempunyai ID unik, yang membenarkan laman web kami mengenalpasti peranti anda, serta ia menyimpan maklumat mengenai pilihan, keutamaan dan aktiviti anda pada laman web kami, seterusnya menghantar maklumat tersebut kembali kepada kami.
Kami juga menggunakan kuki simpanan ‘local’ atau ‘web’, satu teknologi standard yang disediakan oleh pelayar laman web. Kuki ini membolehkan kami menyimpan data persisten pada peranti, sama seperti kuki tetapi mempunyai kapasiti lebih besar. Namun berbeza dengan kuki yang dinyatakan di atas, maklumat biasanya tidak dihantar semula kepada kami.
Kuki penting untuk sesebuah laman web untuk berfungsi dengan betul, atau digunakan untuk meningkatkan prestasi, serta memberikan anda pengalaman lebih baik apabila anda melayari laman web kami dan juga untuk tujuan pemasaran. Kategori-kategori ini ada dijelaskan dengan lebih lanjut di bawah.
Kuki Asas
Laman web kami memerlukan beberapa kuki untuk berfungsi dengan betul. Kuki ini dikenali sebagai kuki ‘asas’ (juga dikenali sebagai kuki ‘amat penting’). biasanya ia ditetapkan sebagai respons terhadap tindakan yang dilakukan oleh anda atau kami. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dan dilindungi dari maklumat palsu. Kami menggunakannya untuk menguruskan laman web dan menyediakan perkhidmatan yang diminta, serta mengekalkan keselamatan dan integriti perkhidmatan kami.
Kami tidak boleh menutup kuki ini, namun anda boleh menetapkan pelayar anda untuk halang atau memberi penggera terhadap kuki ini. Namun tindakan ini mungkin menyebabkan laman web kami tidak berfungsi dengan betul.
Kuki prestasi
Juga dikenali sebagai ‘kuki analitik’. Kami menggunakan kuki ini untuk mengira jumlah lawatan yang diterima pada laman web kami, mengetahui asal trafik laman web, mengetahui navigasi pelawat pada laman web kami, serta menentukan populariti bagi setiap halaman. Kuki ini memberikan maklumat yang diperlukan untuk menambah baik laman web kami serta menggunakannya atas tujuan kajian untuk menambah baik produk dan perkhidmatan, memahami tingkah laku pengguna dan meningkatkan prestasi.
Kuki fungsi
Kami menggunakan kuki ini untuk mengingati pilihan yang dibuat oleh anda, serta untuk menyesuaikan perkhidmatan kami terhadap pilihan-pilihan tersebut, sebagai contoh, bahasa pilihan anda. Kuki ini juga membolehkan kami menyediakan fungsi-fungsi lanjutan (seperti memaparkan video). Kuki fungsi mungkin ditetapkan oleh pihak ketiga, dimana perkhidmatan mereka telah ditambah pada laman web kami.
Kuki pengiklanan
Kami menggunakan penyedia pihak ketiga untuk memaparkan iklan pada perkhidmatan kami, memaparkan iklan pada laman web lain yang mungkin relevan kepada anda, dan untuk mengukur keberkesanan kempen pengiklanan kami. Ini bermaksud, selepas anda melayari laman web kami, anda mungkin akan dipaparkan dengan iklan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami di laman web lain.
Kuki ini berfungsi dengan mengenalpasti pelayar dan peranti anda dengan unik, kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk membina profil anda dan memaparkan iklan yang relevan pada laman web lain. Anda mungkin akan masih melihat iklan kami di internet jika anda memilih untuk tidak membenarkan kuki ini, tetapi iklan-iklan tersebut tidak akan disesuaikan atau disasarkan kepada anda.
Tekonologi hampir sama yang turut digunakan
Kami turut menggunakan teknologi yang hampir sama seperti kuki, dan digunakan untuk mengumpul maklumat serta membantu kami memahami bagaimana pengguna melayari laman web dan aplikasi kami. Ia guna digunakan untuk membantu kami meningkatkan lagi perkara-perkara tersebut dan memastikannya selamat serta berjalan lancar.
Web beacons
Juga dikenali sebagai ‘pixel’ atau ‘tag’. Web beacon adalah imej atau kod kecil yang diletakkan pada laman web dan mungkin juga diletakkan pada iklan dan emel. Web beacon membolehkan kami untuk menetapkan sama ada anda telah melakukan tindakan spesifik, contohnya, apabila anda mendarat di sebuah halaman yang spesifik, berinteraksi dengan iklan atau membuka emel. Kami menggunakan web beacon ini untuk mengukur interaksi bersama pasukan komunikasi pasaran dan promosi kami, dan juga digunakan untuk menambah baik laman web kami.
Kit pembangunan perisian (SDK)
Sesetengah SDK mengandungi ciri-ciri yang berfungsi hampir sama dengan kuki dan penjejak, namun beroperasi dalam persekitaran aplikasi mudah alih. Kami memasang SDK (cebisan kod kecil) pada penyedia perkhidmatan kami untuk menjalankan fungsi yang hampir sama dengan kuki yang dinyatakan di atas seperti mengawasi prestasi aplikasi kami, memastikannya selamat, mengenalpasti dan mengelakkan maklumat palsu serta menganalisis bagaimana pengguna menggunakan aplikasi dan perkhidmatan kami.
Maklumat yang dikumpul
Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan anda dan interaksi anda terhadap laman web, aplikasi dan perkhidmatan kami. Ini termasuklah halaman dan bahagian pada laman web atau aplikasi yang digunakan, tarikh dan masa interaksi, laman web asal dan yang akan dilawat seterusnya, pelayar, maklumat peranti dan alamat IP.
Biasanya maklumat ini tidak boleh digunakan untuk mengenalpasti identiti anda. Namun, jika maklumat ini digunakan untuk menyesuaikan pengalaman anda, terdapat kemungkinan yang identiti anda boleh dikenalpasti. Oleh itu, ia mungkin dianggap sebagai data peribadi di bawah undang-undang tempatan yang terpakai dan diproses selari dengan notis privasi kami.
Siapa yang meletakkan kuki pada peranti saya?
Secara am, kuki boleh diklasifikasikan sebagai pihak pertama atau ketiga: Kuki pihak pertama ditetapkan oleh laman web yang dilawat, manakala kuki pihak ketiga ditetapkan oleh pihak lain selain dari laman web yang anda lawati. Kami menggunakan kedua-dua jenis kuki.
Tempoh hayat kuki
Tempoh kuki pengekalan kuki di peranti anda bergantung sama ada kuki tersebut adalah kuki “berterusan” atau “sesi”. Kuki “sesi” hanya akan berada pada peranti anda sehingga anda menutup pelayar anda. Kuki “berterusan” akan kekal di peranti anda sehingga luput atau dipadam.
Kawalan anda terhadap penggunaan kuki
Anda boleh mengubah keutamaan kuki melalui platform pengurusan kebenaran pada bila-bila masa (kecuali kuki asas yang diperlukan agar laman web kami beroperasi dengan betul).