Ganjaran dan promosi

Peraturan untuk memperoleh ganjaran dengan Luno

Dikemas kini terakhir:

10 Jun 2025

Halaman ini mengandungi terma dan syarat untuk pelbagai program ganjaran dan promosi Luno. Untuk bantuan berkaitan cara mencari pautan rujukan anda atau cara menggunakan kod jemputan, sila baca rencana ini di Pusat Bantuan kami.

Ganjaran Luno: Peraturan

Ganjaran Luno ialah satu program rujukan berperingkat yang membolehkan anda menerima peningkatan ganjaran Bitcoin untuk anda dan individu yang dirujuk kepada Luno (“Program”)

Tanpa mengehadkan kebolehgunaan Syarat penggunaan dan Dasar Privasi Luno, anda bersetuju untuk diikat oleh Peraturan ini apabila menyertai Program ini.

  1. Maklumat rujukan
    Pelanggan Luno yang memenuhi kriteria kelayakan di bawah diberikan satu kod jemputan unik dan pautan (“Kod Jemputan”) yang boleh digunakan untuk merujuk pelanggan baru kepada Luno. Penebusan Kod Jemputan yang berjaya akan memberikan hak kepada kedua-dua pelanggan yang merujuk dan pelanggan baru terhadap jumlah Bitcoin yang telah ditetapkan untuk Program (“Ganjaran”) ini.  Sebarang rujukan terhadap “transaksi” dalam Syarat-Syarat atau Program ini adalah tidak termasuk pengimbangan semula berdasarkan syarat yang berfungsi secara automatik bagi Program ‘Luno Large Cap bundle’.

  2. Kelayakan
    Kelayakan dalam Program ini adalah terhad kepada pelanggan Tahap 1 atau lebih tinggi yang berada di negara yang disokong, lokasi di mana Luno ada menyediakan Program ini, dan individu yang mematuhi Terma Penggunaan Luno. Apabila pelanggan baru mendaftar menggunakan matawang berbeza, matawang tersebut akan digunakan untuk memutuskan jumlah Ganjaran yang mungkin akan menyebabkan pelanggan yang merujuk dan pelanggan baru menerima amaun Bitcoin yang berbeza dengan jumlah yang telah ditetapkan untuk Program.

  3. Tidak boleh dipindahkan
    Kod Jemputan adalah unik bagi setiap pelanggan Luno yang layak. Kod Jemputan tidak boleh dipindahkan, dijual atau diserahkan kepada individu lain dan ia tidak boleh ditukar kepada tunai atau Bitcoin selain daripada terma-terma yang ditetapkan dalam Peraturan ini.

  4. Syarat-syarat penebusan
    Pelanggan baru hanya boleh menebus satu Kod Jemputan apabila membuat transaksi pertama mereka selepas mendaftar Luno. Untuk layak mendapat Ganjaran, pelanggan baru tersebut perlu tidak membuat sebarang transaksi selepas mendaftar, perlu mendeposit matawang tempatan dan melakukan transaksi dengan nilai minimum yang telah ditetapkan oleh Program pada platform Luno, dan juga memenuhi sebarang syarat yang telah ditetapkan oleh Program. Sila ambil maklum yang Ganjaran mungkin hanya tersedia untuk digunakan selepas tempoh masa yang telah ditetapkan, Ganjaran akan luput dalam tempoh tiga bulan kalendar, selepas hari pertama ia tersedia untuk digunakan, dan akan luput pada jam 23:59 pada hari berkenaan.

  5. Pembayaran Ganjaran
    Sebaik sahaja syarat-syarat penebusan yang digariskan di atas telah dipenuhi, dan selepas satu tempoh masa yang ditetapkan, pelanggan yang layak akan dihubungi menerusi aplikasi. Ganjaran yang telah ditetapkan dalam Program akan tersedia untuk ditebus oleh pelanggan, dan kemudiannya akan dibayar ke dompet Luno pelanggan yang layak.

  6. Tertakluk kepada perubahan
    Luno berhak untuk menahan, membatalkan, menggantung, mengubah atau menukar Program pada bila-bila masa.

Promosi ganjaran Luno: Syarat-syarat

Luno menjalankan acara dan kempen promosi, sama ada oleh kami sendiri atau dengan pekongsi terpilih di mana pelanggan akan diberi ganjaran dalam bentuk Bitcoin.

Peraturan berikut digunakan untuk penggunaan kod promosi yang diberikan kepada anda oleh Luno atau pihak ketiga berkaitan dengan acara atau kempen promosi ("Promosi"). Tanpa mengehadkan kebolehgunaan Syarat penggunaan dan Dasar Privasi Luno, anda bersetuju untuk diikat oleh Peraturan ini apabila mengambil bahagian dalam Promosi berkaitan.

  1. Butiran promosi
    Pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan di bawah boleh menebus kod yang dinyatakan dalam Promosi berkaitan ("Kod") sebagai pertukaran untuk jumlah Bitcoin yang dinyatakan dalam Promosi berkaitan ("Ganjaran").

  2. Kelayakan
    Kriteria kelayakan juga akan dinyatakan dalam Promosi berkaitan, contohnya sama ada ia terpakai kepada pelanggan baharu atau yang wujud. Apabila Promosi terhad kepada pelanggan baharu, pelanggan yang telah membuat transaksi terdahulu menggunakan Luno, sama ada daripada akaun yang sama atau akaun lain, tidak akan layak untuk menyertai Promosi tersebut. Pelanggan mesti berada di negara atau wilayah di mana Promosi diadakan dan mesti mendaftar menggunakan mata wang yang terpakai kepada negara atau wilayah tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Promosi berkenaan. Pelanggan juga mesti telah mengesahkan identiti mereka ke sekurang-kurangnya akaun Tahap 2 atau lebih tinggi, selain dinyatakan sebaliknya dalam Promosi berkenaan dan mesti mematuhi Terma penggunaan Luno.

  3. Syarat penebusan
    Syarat-syarat penebusan, jika ada, telah ditetapkan pada Promosi. Sebagai contoh, pelanggan mungkin perlu membuat deposit matawang tempatan dan menggunakan fungsi Beli dan Jual Segera Luno untuk membuat transaksi pertama mereka menggunakan platform Luno, pada satu nilai yang telah ditetapkan. Sila ambil maklum bahawa Ganjaran mungkin hanya tersedia selepas satu tempoh masa yang telah ditetapkan, yang mana telah dimaklumkan pada Promosi. Jika tidak ditebus, Ganjaran akan luput dalam tempoh tiga bulan kalendar, satu hari selepas ia tersedia untuk digunakan, dan akan luput pada jam 23:59 pada hari berkenaan.

  4. Had penebusan
    Kod Promosi dapat ditebus sekali sahaja, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Promosi berkaitan. Kod Promosi tidak boleh dipindahkan, dijual atau diserahkan kepada orang lain dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau Bitcoin selain menurut Peraturan ini.

  5. Tertakluk kepada perubahan
    Luno berhak untuk menahan, menarik balik, membatalkan, menggantung, melaraskan atau meminda Promosi ini pada bila-bila masa.

  6. Pembayaran Ganjaran
    Sebaik sahaja syarat-syarat penebusan yang digariskan di atas telah dipenuhi, dan selepas satu tempoh masa yang ditetapkan, pelanggan yang layak akan dihubungi menerusi aplikasi. Ganjaran yang telah ditetapkan dalam Program akan tersedia untuk ditebus oleh pelanggan, dan kemudiannya akan dibayar ke dompet Luno pelanggan yang layak.

Promosi Bermusim: peraturan

Luno boleh menjalankan pertandingan, pemberian hadiah atau kempen jenis lain dari semasa ke semasa ("Promosi Bermusim"). Promosi tersebut mungkin dijalankan oleh sendiri atau melalui pihak ketiga yang terpilih. Tanpa mengehadkan kebolehgunaan Syarat penggunaan dan Dasar Privasi Luno, anda bersetuju untuk diikat dengan Peraturan berikut apabila mengambil bahagian dalam Promosi Bermusim berkaitan.

Promosi

Negara

Tempoh promosi

Promosi Bitcoin Ganjaran AirAsia dan Hadiah Penerbangan

Malaysia 

15 April 2025 - 15 July 2025