Menghantar permintaan maklumat kepada Luno

Panduan bagi pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang

Dikemas kini terakhir:

3 Jul 2025

Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang boleh menghantar permintaan maklumat melalui emel terus ke pasukan Undang-Undang Luno di: [email protected]

Luno berpengalaman untuk membantu pasukan pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia bagi siasatan mereka.

Luno memerlukan para pegawai pihak berkuasa undang-undang untuk menyerahkan permintaan bertulis sah (selari dengan proses bidang kuasa anda) melalui alamat emel dari domain rasmi kerajaan.

Sila maklum:

  • semua permintaan dan lampiran perlu disediakan dalam Bahasa Inggeris; dan

  • alamat-alamat dompet berkaitan dan hash-hash urusniaga perlu disediakan dalam format dokumen word atau format yang boleh disalin (contoh: transaksi perlu disediakan dalam format .xls).

Agar kami dapat memberikan bantuan yang tepat pada masanya, cekap dan selari dengan pematuhan perlindungan data terhadap pelanggan-pelanggan kami, sila pastikan permintaan maklumat berkenaan mengandungi maklumat yang disenaraikan di bawah:

Entiti Luno yang relevan:

Permintaan maklumat terhadap akaun pelanggan Luno perlu dialamatkan kepada entiti Luno yang memegang maklumat pelanggan berkenaan.

Jika anda tidak pasti terhadap kewujudan akaun pelanggan Luno dan/atau entiti Luno yang relevan, sila hantarkan apa-apa maklumat berkenaan akaun berkenaan, dan kami akan menjalankan carian pada sistem rekod elektronik kami. Jika kami dapat mengenalpasti akaun pelanggan Luno berkenaan, anda akan disediakan dengan bidang kuasa yang relevan dengan di mana pelanggan didaftarkan serta butiran permintaan maklumat yang berkenaan dengan bidang kuasa tersebut.

Sila rujuk di sini bagi senarai entiti Luno dan bidang kuasa mereka.

Perundangan berkaitan bergantung pada permintaan maklumat:

Permintaan bertulis bagi maklumat perlu memetik perundangan yang digunakan pada permintaan maklumat pelanggan.

Maklumat untuk mengenalpasti akaun Luno berkaitan, yang mungkin mengandungi maklumat berikut:

  • nombor rujukan bayaran unik yang berkaitan dengan akaun pelanggan Luno (bermula dengan “BX”, “LN”);

  • maklumat KYC seperti nombor pengenalan diri, nama, alamat emel dan alamat;

  • alamat dompet matawang kripto; dan/atau

  • ID transaksi (TXID)

Maklumat khas yang diperlukan daripada Luno, seperti:

  • Maklumat pemegang akaun

  • Sejarah urusniaga bagi satu tempoh tertentu

  • Sejarah log masuk bagi satu tempoh tertentu

  • Sebab-sebab mendesak, jika terpakai.

Luno menyemak setiap permintaan dan akan menentukan sama ada ianya sahih dan mematuhi keperluan kawal selia dan proses-proses yang terpakai kepada permintaan penguat kuasa pelaksana undang-undang. 

Kami akan mendedahkan rekod akaun selari dengan undang-undang dan pematuhan statutori yang terpakai. Jika pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat permintaan maklumat terhadap akaun pelanggan Luno yang berkaitan, kami akan meminta untuk permintaan ini dikeluarkan semula melalui proses bantuan undang-undang bersama yang sesuai.

Kami bermatlamat untuk memberi maklum balas terhadap permintaan maklumat dalam tempoh 10 hari bekerja. Namun begitu, tempoh maklum balas mungkin bergantung pada skop permintaan dan jenis maklumat yang diminta.

Maklumat utama

Semak senarai entiti Luno dan bidang kuasa mereka:

Australia

Luno Australia (Pty) Ltd

No. Pendaftaran: 631 915 476

Alamat: Level 12, 225 George Street, Sydney, New South Wales, Australia 2000

*Entiti Luno di Australia memegang data pelanggan di Kesatuan Eropah dan UK.


Indonesia

PT Luno Indonesia Ltd

No. Pendaftaran: 4014111731102609

Alamat: Sahid Sudirman Residence Kuningan Tingkat 2, Jalan Jenderal Sudirman No. 86, RT.10/RW.11 Karet Tengsin, Kabupaten Tanah Abang, Daerah Khusus Ibukota Jakarta Pusat, DKI Jakarta Indonesia 10250


Malaysia

Luno Malaysia Sdn Bhd

No. Pendaftaran: 201501011592 (1136927-A)

Alamat: Horizon Penthouse, 1 Powerhouse, No.1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor


Nigeria

Luno Fintech Nigeria Limited

Pendaftaran: RC1216337

Alamat: Venia Business Hub, 8 Providence Street, Lekki, Lagos, Nigeria


Afrika Selatan

Luno (Pty) Ltd

No. Pendaftaran: 2013/075107/07

Alamat: 20th and 19th Floor, The Box , 9 Lower Burg Street,

Cape Town, Western Cape, South Africa


Uganda

Luno Technology Uganda Ltd

Pendaftaran: 80020001421135

Alamat: Plot 24 Henlon Close, Luthuli Avenue, Bugolobi, Kampala Uganda


Zambia

Luno Technology Zambia Ltd

Pendaftaran: 120180009295

Alamat: Stand 4015A, The Gallery Office Park, Frost Building, Rhodes Park, Lagos Road, Lusaka


Kenya

Luno Kenya Ltd.

Pendaftaran: PVT-5JUDY5V

Alamat: Nairobi Village Market, Regus Village Market, 2nd Floor, Eaton Place, United Nations Crescent, 2nd Floor, Nairobi, Kenya, 00621

 


Soalan lazim (“FAQ”) daripada penguatkuasaan undang-undang

1. Pendekatan Luno mengenai maklum balas terhadap permintaan maklumat daripada penguatkuasa undang-undang

  • Luno komited untuk bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang sambil mematuhi pematuhan perlindungan data untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan kami. Setiap pelanggan yang mendaftar akaun Luno bersetuju dengan Dasar Privasi kami, dan menyediakan maklumat peribadi mereka kepada kami, dengan pemahaman bahawa Luno akan menggunakan maklumat-maklumat ini hanya untuk penyediaan perkhidmatan dan tidak akan berkongsi maklumat ini dengan mana-mana pihak ketiga, melainkan kami perlu melakukannya atas sebab undang-undang. Kami mencapai pendekatan ini dengan rujukan panduan di atas dan polisi dalaman yang memaklumkan bagaimana kami memberi maklum balas terhadap permintaan daripada pihak penguatkuasa undang-undang sambil kekal patuh terhadap pematuhan perlindungan data pelanggan kami.

  • Kami mengakses permintaan maklumat yang diterima daripada pihak penguatkuasa undang-undang berdasarkan kes demi kes. Kami mempunyai pasukan khas untuk memberi maklum balas terhadap permintaan-permintaan ini untuk memastikan kami hanya mendedahkan maklumat yang dipatuhi oleh kami dari segi undang-undang.

2. Apakah maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti pelanggan Luno dalam membantu penguatkuasa undang-undang?

  • Untuk memberi maklum balas yang cekap terhadap penguatkuasa undang-undang, kami memerlukan “maklumat kenal pasti berkaitan” yang termasuk, namun tidak terhad kepada: Nombor rujukan bayaran ‘BX’ atau ‘LN’, nama penuh dan tarikh lahir, nombor pengenalan diri, nombor telefon, alamat emel, dan/atau alamat dompet dan hash urusniaga.

* Sila maklum bahawa kami tidak dapat mengenalpasti pelanggan Luno dari hash urusniaga sahaja. Kami memerlukan maklumat kenal pasti tambahan seperti yang disenaraikan di atas.

  • “Maklumat kenal pasti berkaitan” membolehkan kami mengenal pasti pelanggan Luno untuk memastikan kami menyediakan maklumat yang tepat kepada penguatkuasa undang-undang dan juga melindungi maklumat peribadi pelanggan kami. Sila maklum bahawa kami tidak dapat menyediakan maklumat seperti yang diminta jika kami tidak dapat mengenal pasti pelanggan Luno yang tepat.

3. Bagaimana Luno memberi maklum balas terhadap permintaan penguatkuasaan undang-undang dari semua negara?

  • Luno ialah perkhidmatan dompet matawang kripto dan bursa global. Pelanggan yang menyertai Luno adalah dari seluruh dunia. Teras operasi kami adalah di Afrika Selatan, Nigeria, Uganda, United Kingdom, Perancis, Malaysia, Indonesia dan Australia.

  • Penguatkuasaan undang-undang dari mana-mana negara/bidang kuasa boleh menyerahkan permintaan maklumat. Namun begitu, bidang kuasa pelanggan Luno ditentukan oleh negara pendaftaran apabila mereka mendaftar akaun Luno, dan seterusnya, entiti Luno yang memegang maklumat pelanggan mereka (sila rujuk Panduan Penguatkuasa Undang-Undang bagi senarai Luno entiti). Jika penguatkuasa undang-undang tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat permintaan maklumat terhadap pelanggan, kami akan memberi nasihat mengenai entiti Luno yang memegang maklumat pelanggan yang tepat dan akan meminta anda membuat permintaan melalui Proses Triti Bantuan Bersama Undang-Undang (“MLAT”) untuk mendapatkan maklumat pelanggan.

4. Apa itu Triti Bantuan Bersama Undang-Undang (“MLAT”)? 

  • MLAT adalah triti/perjanjian di antara dua atau lebih negara berdaulat yang secara amnya membenarkan penukaran maklumat dan bukti yang berkait dengan perkara-perkara jenayah. MLAT membolehkan agensi penguatkuasa undang-undang membuat permintaan dan mendapatkan bantuan dalam siasatan jenayah dan pendakwaan daripada pihak polis dari negara berkaitan dengan subjek data. 

5. Apakah kaedah perkhidmatan permintaan maklumat pilihan Luno? 

  • Seperti yang dinyatakan sebelumnya, Luno adalah perkhidmatan dompet matawang kripto dan bursa global. Agar kami dapat menerima dan memberi maklum balas permintaan anda, pilihan kami adalah melalui permintaan yang diserahkan secara elektronik yang dihantar ke [email protected]

  • Kami akan memberi maklum balas terhadap permintaan secara elektronik dan kami menggunakan perisian nyahsulit untuk memastikan maklumat dikongsikan dengan selamat.

6.  Berapa lama tempoh yang diambil untuk Luno memberi maklum balas terhadap permintaan maklumat?

  • Pasukan khas kami bermatlamat untuk memberi maklum balas permintaan maklumat dalam tempoh 10 hari bekerja. Namun begitu, tempoh maklum balas adalah bergantung pada bebanan kes dan tahap kerumitan permintaan anda. Jika anda memerlukan maklum balas yang mendesak, sila nyatakan perkara tersebut dalam penyerahan permintaan dan kami akan memberi nasihat yang yang bersesuaian.