Peraturan Perjalanan
Pendekatan Luno semasa menghantar atau menerima transaksi
Dikemas kini terakhir:
15 Sep 2021
Halaman ini bertujuan untuk siapa?
Halaman ini bertujuan untuk Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (VASP) lain dan pasukan pematuhan mereka untuk memahami apa yang dapat dijangkakan apabila salah seorang pelanggan anda menghantar atau menerima mata wang kripto daripada Luno dan Travel Rule ini terpakai.Jika anda seorang pelanggan Luno, pergi ke blog kami untuk memahami apakah Travel Rule dan apakah yang Luno lakukan mengenainya.
Pembekal Travel Rule Luno
Luno adalah ahli Notabene. Notabene membenarkan kami menukar-nukar maklumat Travel Rule dengan pasukan pematuhan anda secara selamat, tidak kira protokol yang digunakan oleh perniagaan anda atau sama ada anda mempunyai sebarang prosedur penyelesaian Travel Rule atau tidak.
Ketekunan wajar VASP
Jika anda ingin melakukan ketekunan wajar ke atas Luno, profil Notabene awam Luno tersedia di sini. Jika terdapat sebarang butiran tambahan yang anda perlukan, sila hubungi pasukan pematuhan kami di [email protected].
Menghantar wang kripto kepada pelanggan Luno
Jika anda ingin menghantar maklumat Travel Rule kepada Luno, sila berbuat demikian di sini.
Anda tidak perlu menjadi ahli Notabene untuk menggunakan ini tetapi, untuk tujuan pengesahan, anda akan dikehendaki memberikan butiran tertentu tentang VASP anda.
Menerima wang kripto daripada pelanggan Luno
Jika anda menerima maklumat Travel Rule daripada Luno, ini bermakna pelanggan yang menghantar wang kripto tersebut berada di negara di mana Travel Rule telah dimasukkan ke dalam perundangan tempatan berkenaan dan sewajarnya, Luno menunaikan kewajipannya di bawah Travel Rule dengan berkongsi maklumat tertentu dengan anda.
Pasukan anda akan menerima maklumat melalui e-mel yang disulitkan yang dijana oleh Notabene. Anda tidak perlu menjadi ahli Notabene untuk menggunakan ini.
Sebaik sahaja anda menerima maklumat Travel Rule, anda mungkin mempunyai kewajipan Travel Rule yang sepadan bergantung di mana platform dan/atau pelanggan anda berada. Jika Travel Rule tidak terpakai, tiada tindakan lanjut diperlukan daripada pasukan anda.
Komuniti Notabene
Jika perniagaan anda sedang dalam proses menilai pelbagai penyelesaian Travel Rule yang terada, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyertai Notabene. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.