Peraturan Cabaran Jangkaan Harga

Peraturan Cabaran Jangkaan Harga

Dikemas kini terakhir:

Cabaran Jangkaan Harga Luno ialah satu cabaran yang membolehkan anda menjangka harga Bitcoin untuk berpeluang memenangi Bitcoin (“Jangkaan Harga”). Tanpa mengehadkan kebolehgunaan Syarat Penyertaan dan Dasar Privasi Luno, anda bersetuju untuk terikat dengan Peraturan ini apabila menyertai cabaran Jangkaan Harga. Anda bersetuju untuk menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Luno dalam Peraturan ini sebagai muktamad dan terikat.

Maklumat cabaran Jangkaan Harga 

Pelanggan-pelanggan Luno yang memenuhi kriteria kelayakan di bawah akan diberikan satu peluang untuk memenangi Bitcoin (“Hadiah”) dengan meneka harga Bitcoin pada penghujung minggu (“Jangkaan Harga Mingguan”) dan/atau pada penghujung bulan (“Jangkaan Harga Bulanan”). Dalam Peraturan ini, terma “tempoh cabaran” digunakan untuk merujuk kepada setiap tempoh satu bulan dan satu minggu yang berasingan.

Harga Bitcoin pada setiap penghujung tempoh cabaran akan ditentukan berdasarkan purata harga Bitcoin dalam matawang dolar AS yang dipaparkan pada carta harga Luno pada:

  • Cabaran Jangkaan Harga Mingguan: pada hari Jumaat, jam 12PM GMT/UTC; dan

  • Cabaran Jangkaan Harga Bulanan: jam 12PM GMT/UTC pada hari ke-28 dalam bulan kalendar.

Syarat kelayakan

Setiap pelanggan yang layak boleh menghantar satu jangkaan harga Bitcoin bagi setiap satu tempoh cabaran sahaja. Jangkaan harga perlu dihantar dalam bentuk nilai dolar AS yang mutlak. Jangkaan harga tidak boleh disunting apabila dihantar.

Jangkaan harga bagi setiap tempoh cabaran perlu dihantar dalam tempoh masa terhad berikut:

  • Jangkaan Harga Mingguan: jangkaan harga perlu dihantar di pada setiap hari Isnin, jam 7AM GMT/UTC hingga 12PM GMT/UTC pada setiap hari Rabu; dan

  • Jangkaan Harga Bulanan: jangkaan harga perlu dihantar di antara jam 7AM GMT/UTC pada hari pertama dalam bulan kalendar sehingga jam 12PM pada hari keempat belas (14) dalam bulan kalendar yang sama.

Syarat hadiah dan penebusan 

Hadiah yang tersedia dalam setiap tempoh cabaran ialah Bitcoin dengan amaun yang telah ditetapkan pada permulaan tempoh cabaran. Pemenang akan diberikan kod Hadiah unik yang boleh ditebus untuk amaun Bitcoin yang telah ditetapkan. Jika tidak ditebus, kod Hadiah akan luput dalam tempoh tiga (3) bulan kalendar selepas sehari ia tersedia untuk digunakan, dan akan luput pada 12PM pada hari berkenaan. Bitcoin yang ditebus hanya boleh digunakan selepas tempoh 30 hari.

Pemenang 

Tertakluk kepada Peraturan, pemenang bagi setiap tempoh cabaran adalah pelanggan yang menghantar jangkaan harga paling hampir dengan harga Bitcoin pada penghujung tempoh cabaran. Harga yang diteka mungkin lebih tinggi atau rendah dari harga Bitcoin. Jika jangkaan harga terhampir dalam satu tempoh cabaran dibuat oleh lebih dari satu pelanggan, beberapa pemenang akan diumumkan dan Hadiah akan dikongsi secara sama rata di antara para pemenang.

Pengumuman pemenang

Pemenang bagi setiap tempoh cabaran akan diumumkan seperti berikut:

  • Jangkaan Harga Mingguan: pada jam 6PM GMT/UTC, hari Jumaat; dan

  • Jangkaan Harga Bulanan: pada jam 6PM GMT/UTC, hari terakhir dalam bulan kalendar.

Kelayakan dan pengecualian

Penyertaan dalam cabaran Jangkaan Harga adalah terhad kepada pelanggan yang mempunyai akaun Tahap 3 atau lebih yang berada di negara yang tersokong dan cabaran Jangkaan Harga ini ada disediakan oleh Luno, dan pelanggan yang mematuhi Syarat Penggunaan Luno. Pelanggan akan dikecualikan dari cabaran Jangkaan Harga jika mereka adalah kakitangan Kumpulan Luno*, pasangan bagi kakitangan Kumpulan Luno, atau dianggap sebagai pihak ketiga yang berkaitan dengan Kumpulan Luno.

*Kumpulan Luno bermaksud Luno Group Holdings Ltd, bersama-sama dengan Luno US, Inc. dan mana-mana entiti di bawah kawalan dan/atau pengurusan entiti-entiti ini, dan mana-mana entiti di bawah kawalan dan/atau pengurusan entiti-entiti lain tersebut dari masa ke masa.

Pelanggan di United Kingdom dan Belanda tidak layak untuk menyertai cabaran Jangkaan Harga.

Tertakluk kepada perubahan

Luno berhak untuk memegang, membatalkan, menggantung, melaraskan atau mengubah cabaran Jangkaan Harga dan Peraturan ini, tetapi tidak akan menukar syarat-syarat cabaran Jangkaan Harga sebaik sahaja tempoh cabaran yang relevan selesai.