Jom Invest Je Terma & Syarat
4 Mei 2026 - 23 Ogus 2026
Dikemas kini terakhir:
Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”) telah bersetuju untuk menjalankan satu kempen cabutan hadiah dimana pelanggan Luno boleh memenangi hadiah (“Peraduan”). Tanpa mengehadkan keterpakaian Syarat Penggunaan, Polisi Privasi dan Peraturan Ganjaran dan Promosi am kepada peserta yang mendaftar akaun Luno. Anda bersetuju untuk menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Luno mengenai Peraturan sebagai muktamad dan terikat.
Maklumat Peraduan: Pelanggan yang memenuhi kriteria Kelayakan di bawah (“Peserta”) akan menyertai kategori Peraduan berikut untuk berpeluang memenangi salah satu hadiah di bawah:
Cabutan Utama (Dipilih pada penghujung Tempoh Peraduan):
Hadiah Pertama/Hadiah Utama: Tesla Model 3 Standard Rear-Wheel Drive
Hadiah Kedua: MacBook Pro M5 Standard
Hadiah Ketiga: iPhone 17 Pro
Cabutan Mingguan (Dipilih secara mingguan sepanjang Tempoh Peraduan):
Hadiah Mingguan: BTC bernilai RM100 (lima pemenang dipilih setiap minggu)
Nilai Hadiah Utama (Tesla Model 3) tidak termasuk Insurans, Cukai Jalan dan Fi Pendaftaran, dan merupakan tanggungjawab pemenang sepenuhnya. Hadiah adalah berdasarkan model ‘Standard Rear-Wheel Drive’ yang tersedia pada hari penyerahan hadiah; Luno tidak bertanggungjawab untuk sebarang perubahan dalam spesifikasi kenderaan atau perubahan harga pengilang.
Kadar BTC bernilai RM100 akan dikira berdasarkan masa spesifik aset tersebut dipindahkan ke dompet pemenang.
Tempoh Peraduan: Peraduan akan bermula pada 4 Mei 2026 12.00 AM (GMT+8) sehingga 23 Ogus 2026 11:59 PM (GMT+8) (“Tempoh Peraduan”). Bagi tujuan Cabutan Mingguan, “Mingguan” didefinisikan sebagai Isnin 00:00 AM hingga Ahad 11:59 PM (GMT+8).
Kelayakan: Penyertaan dalam Peraduan adalah terhad kepada pelanggan Luno yang tinggal di Malaysia. Semua pelanggan perlu selesai mengesahkan identiti mereka sekurang-kurangnya ke tahap 3, dan perlu mematuhi Syarat Penggunaan Luno (“Peserta”). Anda akan dikeluarkan dari Peraduan jika (i) anda menyertai Peraduan dengan maklumat palsu atau tidak sah, (ii) anda telah memenangi hadiah dari sebarang peraduan, promosi atau rujukan yang dijalankan oleh Luno dalam tempoh 12 bulan lepas, atau (iii) anda gagal untuk mengekalkan status akaun sebagai “Good Standing” (tidak ditanda dengan AML/penipuan) pada masa cabutan.
Mekanisme Penyertaan: Untuk menyertai Peraduan, Peserta perlu mematuhi proses-proses berikut:
Pendaftaran: Jika anda pelanggan baharu, daftar akaun Luno semasa Tempoh Peraduan dan sahkan akaun anda.
Kod promosi: pelanggan Luno baharu dan sedia ada perlu menekan tab “Ganjaran” dan masukkan kod promosi JOMINVEST
Fungsi Beli Segera: Beli mana-mana mata wang yang disokong Luno bernilai RM 100 atau lebih dari akaun Luno anda, tidak termasuk fungsi Exchange (“Dagangan Layak”) ketika Tempoh Peraduan.
Pengiraan Penyertaan: Setiap RM 100 dibelanjakan = 1 penyertaan
Setiap Peserta dihadkan ke maksimum 200 penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan. Sebarang Dagangan Layak yang dibuat selepas had ini tidak akan memberikan penyertaan tambahan.
Amaun Pecahan: Pembelian boleh dibawa ke hadapan secara kumulatif. Sebagai contoh, dua pembelian berbeza bernilai RM50 = 1 penyertaan.
Kelayakan Cabutan: Penyertaan layak untuk Cabutan Mingguan setiap minggu apabila had RM 100 dicapai. Semua penyertaan yang dikumpul sepanjang kempen berlangsung (sehingga had 200 penyertaan) layak untuk Cabutan Utama. Penyertaan daripada minggu sebelumnya tidak akan dibawa ke Cabutan Mingguan minggu seterusnya.
Urutan: Pembelian layak dikira sebagai penyertaan hanya selepas kod promosi JOMINVEST dimasukkan.
Pemilihan Peserta: Peserta yang menyertai Peraduan akan dimasukkan ke dalam cabutan relevan secara automatik.
Pemenang Cabutan Mingguan akan dipilih dalam tempoh tujuh [7] hari pada setiap hujung minggu kalendar ketika Tempoh Peraduan melalui RANDOM.ORG.
Pemenang Cabutan Utama akan dipilih secara rawak melalui RANDOM.ORG, selepas Tempoh Peraduan tamat.
Pemenang terpilih akan menerima satu hadiah untuk setiap kategori cabutan. (cth: Peserta boleh memenangi maksimum satu Hadiah Mingguan dan satu Hadiah Utama).
Jika Pemenang dicabut lebih dari sekali dalam Cabutan Utama, pemenang akan menerima hadiah dengan nilai tertinggi, dan cabutan semula akan dibuat semula pada baki hadiah.
Akaun peserta yang didapati tidak berstatus “Good Standing” atau disyaki menunjukkan perlakuan “gaming” (termasuk ‘Wash Trading (pembelian dan penjualan segera dengan kerap atau mengeluarkan dana untuk meningkatkan jumlah penyertaan), manipulasi API atau penggunaan skrip automatik) akan dikeluarkan dari Penyertaan dan keputusan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Luno.
Dengan penyertaan kempen ini, setiap Peserta memberi kebenaran kepada Luno dan wakil-wakil sah untuk tangkapan gambar, rakaman video dan material-material audiovisual lain yang berkait dengan kempen, termasuk:
Majlis penyerahan, penerimaan dan penghantaran hadiah;
Majlis pengumuman pemenang dan siaran langsung (livestream) cabutan utama; dan
Sebarang aktiviti pemasaran, promosi atau audit yang berkait dengan kempen.
Setiap Peserta memberi kebenaran untuk Luno menggunakan nama penuh, sebahagian maklumat identiti (cth., “JOHN DOE - xxxxxx-xx-1234”), gambar, video, kenyataan berkaitan kempen bagi tujuan berikut, tanpa pemberian pampasan kepada Peserta:
Penerbitan pada platform media sosial rasmi Luno (termasuk Instagram, Facebook, X, TikTok, LinkedIn dan lain-lain);
Penerbitan pada laman web Luno dan laman web kempen JOMINVEST;
Material promosi dan pemasaran luaran dan dalaman.
Menghubungi pemenang: Pemenang akan dihubungi terus melalui emel dalam tempoh 2 hari selepas pengumuman pemenang. Luno tidak bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan pemenang menerima notis disebabkan emel spam, junk atau sebab-sebab lain. Jika anda dicabut sebagai pemenang, anda perlu melengkapkan borang pelepasan peraduan dan menyediakan dokumen pengenalan yang sahih untuk menerima hadiah. Jika identiti pemenang tidak boleh disahkan, hadiah akan ditarik dan pemenang gantian akan dipilih. Jika pemenang tidak boleh dihubungi dalam tempoh 3 hari kalendar selepas cabutan hadiah dibuat, hadiah yang relevan akan ditarik dan pemenang gantian akan dipilih.
Pengumuman pemenang: Pemenang akan diumumkan menerusi mana-mana halaman media sosial Luno, termasuk Facebook, Instagram dan/or X, namun Luno tidak wajib untuk melakukannya. Jika anda dipilih sebagai pemenang, anda bersetuju untuk Luno menerbitkan nama penuh anda dan sebahagian maklumat identiti (e.g., “JOHN DOE - xxxxxx-xx-1234”) selari dengan bahagian 12, halaman media sosial.
Penyerahan hadiah: Hadiah-hadiah adalah dalam bentuk fizikal dan akan diserahkan kepada anda melalui penyedia logistik pihak ketiga yang dilantik (cth, CG COMPUTERS SDN BHD) dan/atau dikreditkan ke dompet Luno pemenang dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang relevan. Bagi Hadiah Utama (Kenderaan), pemenang bertanggungjawab bagi semua insurans, cukai jalan, fi pendaftaran, fi nombor plat dan kos-kos tambahan lain. Luno tidak bertanggungjawab terhadap masa penghantaran Hadiah Utama. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk tunai atau mata wang kripto. Luno berhak untuk menukar mana-mana hadiah dengan apa-apa nilai yang sama tanpa notis awal. Semua hadiah Bitcoin akan dikira menggunakan kadar tukaran BTC/MYR Luno pada masa dan hari pindahan dibuat, yang akan diputuskan berdasarkan budi bicara Luno.
Tertakluk kepada perubahan: Luno berhak untuk memegang, membatalkan, menggantung, menyelaras atau meminda Peraduan pada bila-bila masa.
Maklumat peribadi: Sebarang maklumat peribadi yang disediakan kepada Luno untuk tujuan Peraduan (sebagai contoh, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel) akan diuruskan dengan ketat, selari dengan Polisi Privasi Luno dan selari dengan bahagian 6 dan 7 di atas. Semua penyertaan peraduan yang mendaftar dengan Luno serta bersetuju untuk menerima material pemasaran akan dimasukkan ke pangkalan data emel pemasaran bagi emel-emel khas daripada Luno.
Undang-undang yang mentadbir: Peraturan-peraturan ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada Peraduan akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.